Cakap siang pandang pandang, cakap malam bisik bisik , makan malam jangan pandang2, jangan bisik2, meh share sikit
Pak imam ke pak bilal ke, anak muda lepak2 nak bincang pasal roadtrip ke semua ada, memang penuh lah kedai ni time kemuncak dia iaitu selepas balik tarawikh . Kalau tutup pulak sampai pukul 2 pagi
Segala jenis salah silah siput lah boleh dijumpai kat sini. Antaranya, kerang, lokan, sudu, duri, bayan,undan, sedan, hatchback aikkkk entah macam2 ada . Tapi since kitaorg ni bajet student je (huhu jpa dah tak dapat) kitaorg orderlah kerang dan lokan je.
Ni lokan namanya. Kulit dia besar, nampak tak duit sekupang tu sebagai comparison pembaca. Setelah temu bual makcik tuan kedai ni,memerangkap waiter,memerangkap jaga duit, dia dapatkan sumber ni dari kuala kurau.
Cicah dengan kuah kacang. bagi I kuah kacang dia so so je lah. Tak power sangat
Ni literally cuma takda mayat je kat sebelah, kalau tak mesti orang dah ingat pembunuh bersiri. Terpecik sana sini darah. Baru feel ok kalau makan mcm ni, menyeluk kerang biar sampai berdarah darah hehe
Next time nak try siput lain lah pulak. Tapi lidah ni rasa nak potong je bila makan lokan tu. Rasa dia pelik sikit heh! Tapi itulah the beauty of foodhunting kan, baru adventurous
#PestaKerang #KerangAwak
No comments:
Post a Comment