Popular Posts

Sunday, January 25, 2015

Byram 99 Doors Mansion Nibong Tebal

Siapa saja sangka pada tempoh perjalanan dari bandar Nibong Tebal boleh menemui sebuah rumah usang yang kehadirannya begitu gah ditengah tengah ladang kelapa sawit ini. Hanya 5 minit perjalanan dari kesibukan pekan kecil Nibong Tebal menuju sebuah kawasan terpencil dan benar-benar asing.

Sebuah perjalanan itu pasti ada pergi dan pulangnya. Pergi yang tidak kembali ?
Sediakan bekalan semangat atau atleast kawan yang acah2 berani





Saat pertama kali disini,pasti akan merasa meriding dan seram melihat tinggalan yang mempunyai senibina zaman kolonial British ini yang sudah lama ditinggalkan. Ekspedisi ini walaupun dilakukan pada siang2 hari tapi kesunyian rumah lama ini pasti akan membuatkan hati masih merasa gentar. Bayangkan saja jika berkunjung ke sini di malam hari.



Meriding akan suasana disini

Walaupun sudah berkulat dan tiada penjaga , pasti akan merasa kagum dengan binaan yang begitu besar ini. Bayangkan saja pada zaman kegemilangannya. Melihatkan pada corak bina rumah ini, ianya dilihat lebih menyerupai sebuah pejabat besar berbanding sebuah kediaman persendirian. Mengikut sejarahnya, rumah ini dibina pada awal kurun ke-19 ketika perladangan tebu diperkenalkan. Seterusnya beralih kepada getah akibat kejatuhan harga tebu dan seterusnya sehingga sekarang menjadi perladangan kelapa sawit.

Lama ditinggalkan





Terdapat sebuah pintu pagar besi yang dapat dilihat ditepi jalan menandakan kira-kira 300 meter lagi dengan jalan batuan kerikil terpaksa ditempuhi sebelum memasuki perkarangan rumah agam ini.

Penanda sebuah pengembaraan yang mencabar kekuatan spritual


Dari kejauhan seolah olah dipanggil untuk bertandang


Kadang-kadang,kelibat anjing yang seolah olah menjadi penjaga rumah besar ini juga dapat dilihat bagai menanti sesiapa yang bertandang ke sini.
Antara rasa takut tentang keselamatan tangga2 dan lantai kayu yang mereput dan takut tentang keseraman yang yang entah makhluk apa yang yang 'menjaga' kawasan ini. Itulah yang menjadi percaturan langkah sekiranya datang ke sini. bawakan jugak bekal penguat semangat bagi yang lemah.
Dapur usang

Sepi






IMAG4895_1
Benar2 sebuah amaran atau sekadar menyergah?


Namun sayangnya rumah ini telah dicemari oleh perlakuan menconteng nama " I was here..." di setiap sudut dan inci dinding2 yang ada. Ada juga yang seawal tahun 1964 jugak dapat dilihat 'tandatangan' mereka.

IMAG4888
Mana satu pilihan anda. Tepuk dada tanya selera

Menamatkan ekspedisi dengan seribu satu persoalan dan cabaran. Mahukah dan beranikah untuk datang kesini pada malam hari? Bertandang kesini menemui penghuninya?



Jangan ada yang 'ikut balik' sekali sudahlah
          

No comments:

Post a Comment

Nuffnangg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STATUS

aku perlukan tema utk bt lagu.....
*perjuangan
*peristiwa
*keindahan alam
*cinta