Popular Posts

Monday, June 22, 2015

Kerang Berdarah Darah

Sempena bulan puasa ni lepas balik-balik terawikh tu (pergi ke?) makin berlambak kedai2 makan yang dibuka. Maklumlah hari siang tak boleh nak meniaga kan, satgi kena tangkap. Kitaorg pun foodhunting merayau sekitar bandar bahru, kedah mencari sesuatu yang hipster dan eksotik.Tetiba teringat bagpacking travel kitaorg ke Krabi, check this out Tasik Air Biru Krabi
Cakap siang pandang pandang, cakap malam bisik bisik , makan malam jangan pandang2, jangan bisik2,  meh share sikit
Kedai ni terletak betul2 depan roundabot bandar bharu tu. Time puasa je dia bukak, kalau hari biasa makcik ni cakap dia buat catering so tak menyempatlah nak bukak kedai. So ni memang ala2 limited edition lah

Pak imam ke pak bilal ke, anak muda lepak2 nak bincang pasal roadtrip ke semua ada, memang penuh lah kedai ni time kemuncak dia iaitu selepas balik tarawikh . Kalau tutup pulak sampai pukul 2 pagi



Segala jenis salah silah siput lah boleh dijumpai kat sini. Antaranya, kerang, lokan, sudu, duri, bayan,undan, sedan, hatchback aikkkk entah macam2 ada . Tapi since kitaorg ni bajet student je (huhu jpa dah tak dapat) kitaorg orderlah kerang dan lokan je.


Ni lokan namanya. Kulit dia  besar, nampak tak duit sekupang tu sebagai comparison pembaca. Setelah temu bual makcik tuan kedai ni,memerangkap waiter,memerangkap jaga duit, dia dapatkan sumber ni dari kuala kurau.







Kerang dia pun tak nak kalah besar. Nampak tak duit sekupang tu. Darah dia ni kalau kumpul bertimba2 jugak dapat. So nak tambah darah , memang disarankanlah makan kerang ni,nanti boleh derma darah banyak2 . Memang power lah fresh rasa dia

Cicah dengan kuah kacang. bagi I kuah kacang dia so so je lah. Tak power sangat






Ni literally cuma takda mayat je kat sebelah, kalau tak mesti orang dah ingat pembunuh bersiri. Terpecik sana sini darah. Baru feel ok kalau makan mcm ni, menyeluk kerang biar sampai berdarah darah hehe

Next time nak try siput lain lah pulak. Tapi lidah ni rasa nak potong je bila makan lokan tu. Rasa dia pelik sikit heh! Tapi itulah the beauty of foodhunting kan, baru adventurous


#PestaKerang #KerangAwak 

No comments:

Post a Comment

Nuffnangg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STATUS

aku perlukan tema utk bt lagu.....
*perjuangan
*peristiwa
*keindahan alam
*cinta